Malaysia Terima Kotak Hitam MH17 Daripada Pemisah Ukraine

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 7:42 AM

(Ubah saiz teks)

DONETSK: Pakar Malaysia menerima dua kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 daripada Republik Rakyat Donetsk (DPR) di Ukraine pada Selasa.

Penyerahan dua kotak hitam itu dibuat sendiri oleh Ketua Pemisah Ukraine, Alexander Borodal yang mendakwa dirinya sebagai Perdana Menteri Donestk.

DPR tampil di ibu pejabat kerajaan di sini, bersama dengan wakil kerajaan Malaysia pada pukul 1 pagi Selasa.

Bercakap kepada pemberita, Alexander Borodai berterima kasih kepada Malaysia dan Belanda kerana menghantar pasukan mereka di sini pada Isnin bagi menyelesaikan perkara membabitkan MH17.

"(Kami) berterima kasih kepada Malaysia dan Belanda yang datang ke sini tanpa perlindungan atau bantuan daripada Kiev (kerajaan Ukraine)," katanya, menurut satu penterjemahan oleh seorang penduduk tempatan.

Kedua-dua pihak turut dilihat menandatangani beberapa dokumen dalam majlis penyerahan dua kotak hitam MH17 antara DPR dan pakar Malaysia.

Pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh pada Khamis lalu di Donestk dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sehingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Malaysia telah mencapai tiga persetujuan penting dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas berhubung pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

Persetujuan itu membabitkan pengurusan mayat mangsa-mangsa MH17, hak penjagaan kotak hitam dan akses kepada para penyiasat bebas antarabangsa ke
kawasan lokasi nahas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar di Seri Perdana pada lewat malam Isnin berkata, beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku dan telah bersetuju dengan perkara-perkara berikut.

Tags / Kata Kunci: Alexander Borodai , Kotak Hitam , MH17

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan