Tarik Diri Pilpres: Prabowo Boleh Dipenjara - Berita Dunia | mStar

Tarik Diri Pilpres: Prabowo Boleh Dipenjara

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 8:42 PM

Prabowo Subinato

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN Prabowo Subinato "menarik diri" daripada persaingan merebut jawatan Presiden Indonesia mungkin menyebabkan dia berdepan masalah yang tidak dijangka.

Menjelang pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia pada Selasa, bekas jeneral tentera itu menyatakan keputusannya "menarik diri"  dan secara tidak langsung memudahkan Joko Widodo memenangi persaingan berkenaan.

Prabowo memberi alasan enggan menerima keputusan rasmi diurus suruhanjaya pilihan raya berkenaan kerana "cacat."

"Justeru kami menarik diri daripada proses yang sedang berlangsung," katanya.

Namun pengumuman itu tidak dihadiri regu Prabowo untuk jawatan naib presiden, Hatta Rajasa.

Namun, tindakan Prabowo itu bercanggah dengan peruntukan undang-undang pilihan raya Indonesia.

Pada fasal 246 peruntukan perjalanan pilihan raya presiden, ada dinyatakan bahawa seseorang calon presiden atau naib presiden yang mengundur diri dengan sengaja selepas pemilihan pusingan pertama boleh dipenjara minimum 36 bulan sehingga 72 bulan. Calon terbabit juga boleh dikenakan denda Rp50 bilion (RM13,678,204) hingga Rp100 bilion (RM27,356,409).

Pengumuman Prabowo itu segera mendapat perhatian ramai. Antaranya penulis dan budayawan terkenal Goenawan Mohamad yang memberi reaksi melalui akaun Twitternya @gm_gm: "Apakah Prabowo tak ada yang menasihati?"

Bekas pegawai kanan skuad elit tentera era Suharto itu berkata, pihaknya enggan mengorbankan mandat diberi rakyat dipermainkan dan diselewengkan.

"Kami bersedia menang atau kalah, tetapi dengan cara demokratis dan terhormat," katanya.

Semalam pelbagai pihak yang sebelum ini menyokong Prabowo sudah mengaku kalah dan menyampaikan ucapan tahniah kepada lawannya, Joko Widodo.

Antaranya bekas pemimpin Parti Amanat Nasional (PAN) Amien Rais dan ketua kempennya, Mahfud MD. Hatta Rajasa ialah Ketua Umum PAN.

Tags / Kata Kunci: Prabowi , Joko Widodo , Presiden Indonesia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan