Mayat Jutawan Sewol Ditemui Reput

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Polis Korea Selatan dipercayai menemui mayat jutawan yang dikehendaki sejak beberapa bulan lalu berikutan tragedi feri Sewol yang meragut 300 nyawa, April lalu.

Jika mayat itu seperti yang dijangka, ia akan menamatkan pemburuan untuk mencari jutawan, Yoo Byung-Eun, 73, yang keluarganya memiliki syarikat yang mengendalikan feri Sewol, Chonghaejin Marine Co.

Mayat yang sudah reput itu dijumpai dalam keadaan terbaring dan berpakaian jaket musim sejuk serta topi pada 12 Jun lalu di sebuah ladang plum di Suncheon, kira-kira 300 kilometer di selatan Seoul.

Bagaimanapun, setakat ini, polis belum menemui sebarang petanda yang menunjukkan punca kematian.

Keadaan reputnya teruk hinggakan pihak polis perlu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan identitinya, lapor agensi berita Yonhap.

Ujian DNA yang dipadankan dengan abang Yoo menjurus kepada keyakinan bahawa mayat itu adalah jutawan terbabit.

Mayat itu dibawa ke Seoul untuk ujian lanjut forensik. Jutawan itu melarikan diri selepas feri Sewol tenggelam pada 16 April lalu dengan 476 penumpang, termasuk 325 pelajar sekolah.

Jumlah kematian yang disahkan ialah 294 orang, dan 10 mangsa lagi masih belum dijumpai.

Kapten feri itu dan 14 anggota krunya kini sedang menghadapi perbicaraan mahkamah. Satu perintah saman dikenakan ke atas Yoo selepas kejadian itu, tetapi dia enggan menyerah diri kepada polis dan melarikan diri. 


Tags / Kata Kunci: Sewol , jutawan , Korea Selatan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan