MH17: Singapore Airlines Guna Laluan Sama 75 Kali, Lapor Spiegel Online

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

KETIKA banyak pihak menunding jari kepada Penerbangan Malaysia (MAS) kerana membenarkan pesawat MH17 melalui ‘zon perang’, majalah mingguan Jerman mendedahkan bahawa Singapore Airlines (SIA) menggunakan laluan yang sama di timur Ukraine sebanyak 75 kali pada minggu lepas.

Sebaliknya, MAS hanya menerbangkan pesawatnya di kawasan pemberontak di Donetsk sebanyak 48 kali dalam tempoh sama, lapor Spiegel Online yang merujuk kepada laman web pengesanan penerbangan, flightradar24.com.

Ia berkata, syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot menggunakan laluan itu 86 kali dalam tempoh tujuha hari lepas, Ukraine International Airlines (62 kali) dan syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa (56 kali).

“Lintas terbang direkodkan di kawasan itu dalam tempoh tujuh hari lalu dalam lingkungan hampir 240km (kilometre) ke bandar perindustrian Ukraine.

“Dalam kedudukan syarikat penerbangan di laluan berkenaan, MAS berada di tempat kelima dengan 48 lintas penerbangan, di mana data menunjukkan ruang udara di wilayah Donetsk begitu aktif.

“Sama ada serangan (terhadap MH17) adalah secara rawak atau satu kesilapan, ia mungkin boleh berlaku kepada pesawat syarikat penerbangan lain yang menggunakan laluan itu," menurut laporan itu.

Nahas MH17 mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 15 anak kapal yang menaiki pesawat tersebut.

Hanya beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lalu, SIA  membuat kemas kini di Facebook dan Twitter mereka, menyatakan BAHAWA penerbangan mereka tidak menggunakan ruang udara Ukraine.

Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman di media sosial kerana membuat kenyataan yang dianggap 'sensitif' berkaitan nahas itu, SIA pada sabtu mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan solidariti terhadap keluarga yang terjejas akibat tragedi udara itu.


 

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan