Tragedi Pesawat Malaysia Petanda Krisis Ukraine Perlu Diselesai Segera

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 8:24 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Semua anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertafakur sejenak sebelum bersidang pada Jumaat untuk memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, Khamis.

Seorang anggota memaklumkan UNSC bahawa tragedi itu menanda terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan krisis di Ukraine dengan mengadakan gencatan senjata serta-merta dan meningkatkan usaha menamatkan krisis itu. 

Pesawat malang itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, kebanyakannya warga Belanda, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu berhampiran sempadan Rusia.

Menurut kenyataan tegas Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Politik PBB Jeffrey Feltman, meskipun pada saat ini tiada pengesahan bebas berhubung keadaan yang mendorong kepada tragedi itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon "berasa cemas" dengan pelbagai laporan yang mencadangkan peluru berpandu dari darat ke udara digunakan untuk menjatuhkan pesawat penumpang berkenaan.

"Setiausaha Agung mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sengaja menjatuhkan sebuah pesawat awam," kata Feltman, yang menyifatkan insiden dahsyat ini menjadi peringatan betapa terdesaknya situasi di timur Ukraine dan bagaimana keadaan itu telah melangkaui sempadan negara itu sehingga menjejaskan negara lain dan keluarga mangsa. 

Justeru, Ban dan UNSC menggesa supaya satu siasatan antarabangsa diadakan serta semua pihak diberi akses serta-merta agar kumpulan penyiasat boleh memasuki lokasi nahas yang dikawal oleh puak pemisah.

Feltman berkata PBB sentiasa berhubung dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang telah menawarkan bantuan bagi membentuk sebuah pasukan antarabangsa bagi menyiasat nahas itu.

Sambil mengakui situasi di Ukraine adalah rumit, Feltmann berharap tragedi MH17 akan mendorong kepada usaha-usaha serius bagi menamatkan pergolakan di wilayah itu.

Tags / Kata Kunci: MH17 , krisis Ukraine-Rusia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan