Selepas Hewlett-Packart Cadang Buang 50,000 Staf Kini Giliran Microsoft Pecat 18,000 Pekerja

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 2:36 AM

(Ubah saiz teks)

SEATTLE (AS): Pengeluar perisian komputer, Microsoft pada Khamis mengumumkan yang mereka akan memberhentikan sekurang-kurangnya 18,000 pekerja dalam tempoh setahun dari sekarang dalam usaha untuk berfungsi secara lebih efisien dan berdaya saing di pasaran.

Langkah pemberhentian besar-besaran itu adalah yang terbesar dalam sejarah 39 tahun firma tersebut.

Jumlah yang dicadangkan itu mewakili 14 peratus daripada keseluruhan tenaga kerjanya.

Yang akan terjejas teruk ialah unit Nokia Microsoft yang akan menyaksikan sekurang-kurangnya 12,500 daripada tenaga kerja yang akan dibuang itu adalah dari unit tersebut.

Menurut Microsoft, 1,100 pemberhentian kakitangan akan melibatkan unit mereka di Finland manakala 1,800 lagi dari kilang Nokia di Hungary.

Jumlah itu merupakan separuh daripada pekerja yang menyertai Microsoft dari Nokia hanya beberapa bulan lalu - iaitu sebaik sahaja Microsoft selesai menjalankan proses mengambil alih bisnes telefon bimbit Nokia beberapa bulan lalu.

Microsoft mengesahkan yang mereka terpaksa membelanjakan antara AS$1.1 bilion hingga AS$1.6 bilion untuk menguruskan proses pemberhentian pekerja mereka itu dalam tempoh berkenaan.

Tahun ini sahaja telah menyaksikan pelbagai syarikat telekomunikasi dan perisian komputer melaksanakan pelan pemberhentian pekerja secara beramai-ramai antara yang terbesar ialah Hewlett-Packart yang merancang untuk menamatkan khidmat 50,000 kakitangannya di seluruh dunia.

Intel pula membuang lebih 5,000 kakitangan manakala IBM seramai 12,000.

Sementara itu Microsoft turut mengumumkan yang mereka tidak akan lagi menghasilkan telefon bimbit Nokia berasaskan sistem operasi Android dan akan berpindah kepada sistem perisian Windows Microsoft.


Tags / Kata Kunci: Microsoft , Hewlett-Packart , IBM , Intel

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan