Taikun Media Rupert Murdoch Cuba Beli Time Warner Pada Harga AS$80 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 6:43 PM

Taikun media global, Rupert Murdoch cuba membida sebuah lagi gergasi media Time Warner pada harga AS$80 bilion

(Ubah saiz teks)

LONDON: Taikun media, Rupert Murdoch kini membuat bidaan berjumlah berbilion dolar dalam usahanya untuk muncul sebagai pemilik stesen televisyen dan studio filem terbesar dunia dengan mengambil alih Kumpulan Media Time Warner.

Time Warner telah mengesahkan pada Rabu bahawa mereka menerima pelawaan tawaran daripada syarikat pegangan utama Rupert Murdoch, iaitu 21st Century Fox, bulan lalu berjumlah AS$80 bilion atau (£46.7 bilion) dalam bentuk tunai dan tawaran saham untuk membeli syarikat media Amerika itu.

Bagaimanapun Time Warner telah menolak pelawaan tersebut dan menegaskan yang mereka enggan mengadakan rundingan lanjut.

Keputusan ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Murdoch, 83, akan menggunakan 'jalan belakang' untuk mencapai hasratnya itu.

Akhbar Britain, The Telegraph memetik sumber-sumber sebagai berkata, Murdoch percaya dengan menyatukan pendapatan kedua-dua syarikat ini di bawah satu bumbung, mereka akan dapat menjana sehingga AS$65 bilion dan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk berunding dengan dengan gergasi teknologi seperti Apple serta Google dalam memasarkan produk filem dan sebagainya.

Apa yang akan dilakukan oleh kem Murdoch kini ialah melobi melalui proksi, anggota-anggota lembaga pengarah dan pemegang saham utama Time Warner bahawa mereka akan berada dalam kedudukan yang lebih menguntungkan jika penggabungan berlaku.

Time Warner, yang merupakan pemilik studio filem Warner Brothers dan juga saluran kabel HBO, yang mengkhusus dalam penerbitan drama-drama berbajet tinggi seperti Game of Thrones, menolak mentah-mentah cadangan yang dikemukakan oleh Murdoch awal bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Time Warner, Jeff Bewkes berkata: “Anggota lembaga, selepas mengadakan rundingan dengan penasihat kewangan dan perundangan bersetuju bahawa cadangan yang dikemukakan itu buat masa ini tidak memenuhi keperluan dan kehendak kumpulan dan memutuskan tidak akan memanjangkan rundingan lanjutan dengan Fox."

Time Warner menegaskan yang mereka berkeyakinan penuh pelan strategik mereka jauh lebih baik dari segi pulangan pelaburan berbanding dengan tawaran yang dikemukakan oleh Fox itu.

Mereka juga yakin, dari segi nilai, adalah lebih sesuai jika Time Warner kekal sebagai sebuah entiti media bebas dan pada masa yang sama turut khuatir jika penggabungan itu berlaku, mereka ragu-ragu sama ada Fox mampu mengendalikan sebuah konglomerat yang begitu besar.

Mereka juga bimbang, jika penggabungan ini berlaku, keluarga Murdoch akan menjadi pihak tunggal yang menguasai dan mengawal perjalanan konglomerat gergasi ini nanti.

Sebagai kontras, Time Warner tidak dimiliki oleh mana-mana pihak dengan kuasa tunggal.

Fox pada masa yang sama turut mengesahkan yang mereka telah mengemukakan cadangan pengambilalihan itu tetapi kini tidak lagi berada dalam posisi untuk meneruskan rundingan lanjutan.

Antara lain, bidaan tersebut termasuklah rancangan untuk menjual stesen televisyen kabel, CNN, iaitu rangkaian berita Time Warner yang ke udara 24 jam sehari.

CNN adalah pesaing utama Fox News.

Tags / Kata Kunci: Rupert Murdoch , Time Warner , Fox News

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan