Lelaki India 'Junjung' Motosikal Sambil Panjat Tangga

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 11:02 AM

(Ubah saiz teks)

MENGIMBANGI sebarang objek di kepala anda bukanlah satu tugas yang mudah.

Apabila sebuah motosikal diletakkan di atas kepala dan anda berjaya memanjat tangga, ia bermakna anda telah memasuki alam yang luarbiasa.

Tetapi rakaman menakjubkan ini menunjukkan seorang lelaki India mampu membuktikan perkara tersebut bukanlah mustahil. 

Paparan kekuatan dan penyeimbangan luar biasa itu perlu dilihat sendiri untuk dipercayai.

Hanya empat lelaki diperlukan untuk mengangkat motosikal dan meletakkannya di kepala lelaki luar biasa itu sebelum dia bertindak memanjat tangga yang disandarkan pada sebuah bas.

Menarik perhatian apabila motosikal itu tidak bergoyang, malah tidak menunjukkan tanda-tanda untuk jatuh ketika ia 'diangkut' dengan kepala untuk diletakkan di atas bas.
Tags / Kata Kunci: junjung motosikal , panjat tangga

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan