Gaza: Angka Korban Meningkat 200 Dalam Serangan Udara Terbaharu Israel

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 9:12 AM

(Ubah saiz teks)

GAZA CITY (Wilayah Palestin): Serangan udara terbaharu Israel di Gaza awal Rabu membunuh tiga orang, menurut pegawai perubatan, menjadikan jumlah kematian akibat operasi Israel di wilayah Palestin meningkat kepada 200.

Bedilan di sebuah rumah di bandar selatan Rafah membunuh dua lelaki, jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memberitahu AFP.

Serbuan yang berasingan tidak lama selepas itu membunuh seorang lelaki muda yang menurut saksi mangsa merupakan seorang militan Jihad Islam.
Tags / Kata Kunci: Gaza , serangan udara Israel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan