Wanita Penuhi Kabinet Baru Kerajaan Britain

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 10:29 PM

PM Britain, David Cameron melakukan rombakan kabinet besar-besaran yang menyaksikan buat pertama kalinya begitu ramai pemimpin wanita diangkat sebagai menteri penuh.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron pada Selasa mengumumkan rombakan kabinet besar-besaran yang menyaksikan begitu ramai pemimpin veteran digugurkan dan diganti dengan muka baru yang sebahagian besarnya pemimpin wanita dan lebih muda - sembilan bulan sebelum berlangsungnya pilihan raya umum.

Sekurang-kurangnya tiga wanita telah dinaikkan pangkat menganggotai kabinet manakala tiga lagi dilantik sebagai menteri muda yang turut diundang untuk menganggotai mesyuarat kabinet.

Antara nama besar yang meninggalkan jawatan utama ialah Setiausaha Luar, William Hague dan Setiausaha Pendidikan Michael Gove yang tidak popular di kalangan guru.

Bagaimanapun kedua-duanya masih kekal sebagai anggota kabinet atas kapasiti yang berlainan.

Hague misalnya menerima pelantikan sebagai ketua Dewan Rakyat dan timbalan ketua Parti Konservatif yang baru manakala Gove dilantik sebagai ketua whip yang baru. Hague juga dikekalkan sebagai 'First Secretary of State' gelaran yang biasanya diberikan kepada anggota kabinet yang paling kanan.

Ahli parlimen wanita dari Parti Konservatif, Nicky Morgan yang dahulunya adalah menteri muda wanita telah dinaikkan pangkat sebagai setiausaha pendidikan yang baru manakala seorang lagi ahli parlimen wanita, Liz Truss juga dinaikkan pangkat sebagai setiausaha alam sekitar.Liz sebelum ini adalah menteri muda pendidikan.

Nicky mencatat sejarah sebagai satu-satunya wanita yang dilantik ke jawatan utama itu sejak Margaret Thatcher menyandangnya pada awal 1970-an.

Menteri Muda Sumber Manusia, Esther McVey juga telah dinaikkan taraf sebagai salah seorang anggota kabinet bersama ramai lagi wanita yang dilantik sebagai menteri muda.

Dalam sistem pentadbiran dan kerajaan British, 'setiausaha' adalah jawatan bertaraf kabinet manakala 'menteri' adalah jawatan bertaraf timbalan kepada 'setiausaha' atau kadang kala dirujuk sebagai 'menteri muda'.

Ketika mengumumkan rombakan kabinetnya, Cameron berkata: "Rombakan ini adalah satu usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap untuk melaksanakan rancangan ekonomi dan membentuk masa depan yang lebih cerah untuk semua."

Seorang lagi wanita iaitu Anna Soubry dinaikkan pangkat sebagai menteri muda di Kementerian Pertahanan manakala Clare Perry menjadi menteri muda pengangkutan, Priti Patel sebagai setiausaha kewangan di Kementerian Kewangan dan Baroness Stowell dilantik sebagai pemimpin di House of Lords.

Sementara itu Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond dilantik sebagai setiausaha luar yang baru mengantikan tempat Hague.

Tempat Hammond di Kementerian Pertahanan akan diambil alih oleh Menteri Muda Tenaga, Michael Fallon.



iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan