Bercerai Selepas Suami Doa Isteri Sakit Kanser

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 2:23 PM

-Gambar hiasan -foto Getty

(Ubah saiz teks)

PASANGAN suami isteri bercerai tidak lama selepas si suami bertindak memberitahu isterinya bahawa dia mendoakan supaya isterinya itu menghidap kanser, dalam satu sesi pendengaran oleh seorang hakim mahkamah keluarga. 

Wanita itu memberitahu mahkamah di Barnet, utara London, bahawa suaminya sering berkata tentang keadaan dirinya yang 'sentiasa sakit' dan menambah: "Saya berdoa kepada Allah semoga kamu akan menghidap kanser kerana anda mahu orang ramai berasa simpati terhadap kamu."

Hakim Marcia Levi menganalis keterangan setelah pasangan suami dan isteri berkenaan tidak bersetuju ke atas hak penjagaan dua orang anak perempuan mereka yang berusia sembilan dan tiga tahun.

Lelaki itu berkata isterinya yang mempunyai hubungan renggang dengannya adalah seorang 'pembohong patologi.

Tetapi Hakim Levi membuat kesimpulan dalam keputusan bertulis bahawa si isteri telah memberitahu kebenaran tentang doa suaminya agar dirinya menghidap kanser.

Beliau juga membuat kesimpulan bahawa lelaki itu telah menyerang isterinya beberapa kali.

Kedua-dua mereka adalah Muslim dan telah berkahwin di bawah undang-undang Islam, kata hakim.
Tags / Kata Kunci: cerai , kanser

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan