Dilahirkan Tanpa Hidung, Bayi 17 Bulan Masih Mampu Tersenyum

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 9:44 AM

Walaupun berbeza dengan bayi lain, Tessa Evans masih mampu mengukir senyuman. -foto Caters

(Ubah saiz teks)

SEPERTI mana kanak-kanak kecil lain, Tessa Evans juga suka menari dan memanjat perabot. 

Tetapi dia mengalami suatu keadaan di mana dia dilahirkan tanpa hidung.

Budak kecil berusia 17 bulan ini mengalami 'congenital arhinia' sepenuhnya, yang begitu jarang-jarang berlaku, dengan hanya 47 kes dicatatkan di Britain.

Tessa tidak mempunyai deria bau dan tiada sinus tetapi dia boleh batuk, bersin dan menghidap selesema apabila sejuk.

Walaupun berdepan masalah, dia masih mampu tersenyum, kata ibunya, Gráinne.

Apabila anak perempuannya dilahirkan tanpa hidung Grainne berkata pelbagai persoalan timbul di kepalanya.

"Tetapi selepas kami membawanya pulang ke rumah, perbezaan terhadap dirinya semakin lama menjadi semakin pudar dalam keluarga kami," katanya.

Tessa akan mempunyai hidung palsu yang akan dipasang lewat tahun ini.

"Dia adalah sempurna untuk kami tetapi kami perlu berfikir tentang cara-cara untuk menjadikan kehidupannya seperti biasa untuk dirinya,' kata Grainne.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan