Remaja Turki Wanita Tertinggi Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 10:11 AM

Rumeysa bersama adiknya, Hilal (kiri) dan (kanan) bersama seorang pegawai Guinness World Records yang menyerahkan sijil pengiktirafan ketinggiannya di Safranbolu, Turki baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

SAFRANBOLU: Seorang remaja Turki di sini dengan ketinggian 213.6 sentimeter (sm) diiktiraf sebagai wanita paling tinggi di dunia.

Guinness World Records menyampaikan sijil pengiktirafan kepada remaja berusia 17 tahun itu, Rumeysa Gelgi di rumahnya di Safranbolu, Karabuk baru-baru ini.

"Saya gembira menjadi seseorang yang berbeza daripada orang lain," kata Gelgi.



Menghidap sindrom weaver yang menyebabkan tubuhnya menjadi besar, remaja itu terpaksa menggunakan alat bagi membantunya berjalan kerana sukar mengimbangi badan yang besar dan tinggi itu.

Gelgi merupakan pelajar gred 11 dan tinggal di rumah bersama keluarga dan adik-beradiknya yang lain yang mempunyai ketinggian normal.

Dia juga mempunyai sepasang kasut yang ditempah khas di Amerika Syarikat.

Tubuh Gelgi tidak lagi membesar menyebabkan dia tidak akan mengatasi ketinggian lelaki paling tinggi di dunia dari Turki, Sultan Kosen yang setinggi 251sm.



Tags / Kata Kunci: Rumeysa Gelgi , Turki

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan