Kerajaan Filipina, MILF Akhiri Mesyuarat Khas Undang-Undang Asas Bangsamoro Secara Positif

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panel perunding Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) hari ini menamatkan mesyuarat khas empat hari mereka tentang draf Undang-undang Asas Bangsamoro dengan nada positif.

Dalam satu kenyataan akhbar bersama, mereka berkata panel berkenaan membincangkan kandungan draf undang-undang asas yang dikemukakan Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro (BTC) dan disemak semula pasukan undang-undang dari Pejabat Presiden Filipina.
 
"Mereka mencapai kemajuan sederhana dan mengenal pasti bahasa kesepakatan dalam perjanjian yang telah ditandatangani.

Mereka berazam untuk terus bekerjasama dalam menyediakan draf Undang-undang Asas Bangsamoro yang boleh diterima kedua-dua pihak," kata kenyataan itu.

Mesyuarat berkenaan, yang berlangsung di Kuala Lumpur, dihoskan dan dibantu oleh pemudah cara Malaysia bagi rundingan damai berkenaan, Tengku Datuk Ab Ghafar Tengku Mohamed, manakala Kumpulan Penghubung Antarabangsa bertindak sebagai pemerhati.
 
Mac lepas, Kerajaan Filipina dan MILF menandantangani satu perjanjian menyeluruh bertujuan menamatkan konflik bersenjata selama beberapa dekad di Mindanao.

Upacara menandantangani perjanjian damai bersejarah yang diusahakan Malaysia itu berlangsung di perkarangan Istana Malacanang di Manila, yang turut dihadiri Presiden Filipina Benigno Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan itu berkata mesyuarat khas itu memberi peluang kepada anggota panel memberi penjelasan tentang tanggapan silap dan mengukuhkan niat serta keikhlasan pihak terbabit untuk mematuhi perjanjian yang telah ditandatangani.

Katanya Kerajaan Filipina dan MILF bersetuju meneruskan perbincangan tentang isu-isu tertentu di Manila beberapa hari lagi.

Mesyuarat itu diadakan selepas BTC - agensi yang diberi mandat untuk merangka Undang-undang Asas Bangsamoro - mengeluarkan resolusi untuk dibentangkan kepada panel berkenaan untuk diberi penjelasan serta mencari penyelesaian bagi isu tertangguh berkaitan draf Undang-undang Asas Bangsamoro.

Tags / Kata Kunci: MILF , Filipina

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan