Enam Mati Dalam Kejadian Tembak Di Texas - Berita Dunia | mStar

Enam Mati Dalam Kejadian Tembak Di Texas

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 10:44 AM

(Ubah saiz teks)

CHICAGO: Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya enam orang awam yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak, di Texas yang mencetuskan situasi tegang, Rabu.

Seorang wanita juga berjuang untuk hidup selepas mengalami luka akibat tembakan di kepala dalam kejadian di Spring, luar Houston, Konstabel Harris County Ron Hickman memberitahu AFP.

Hickman berkata empat atau lima kanak-kanak, semuda usia lapan tahun terbunuh dan sekurang-kurangnya seorang lelaki meninggal dunia dalam kejadian tembak itu.

Wanita yang tercedera bagaimanapun mampu memberitahu pihak berkuasa mengenai suspek yang dikejar polis dalam adegan selama kira-kira 20 minit.

"Kami menahannya di jalan mati," kata Hickman, selepas sekurang-kurangnya satu jam berlalu di mana suspek duduk di kenderaannya yang dikelilingi kira-kira 50 anggota polis.

Terdapat sekurang-kurangnya lebih 10 kereta peronda menunggu untuk bertindak.

Hickman berkata trak besar tentera SWAT telah diletakkan betul-betul di hadapan kenderaan suspek bagi mengelakkan dia melarikan diri.

"Suspek mengadakan dialog dengan pejabat sheriff," kata Hickman.

Kejadian tembak itu adalah yang terbaharu dalam beberapa siri kejadian tembakan yang sama di negara berhadapan dengan keganasan senjata.

Pada 23 Mei, seorang pelajar yang mempunyai masalah mental membunuh enam orang dan kemudian menembak dirinya sendiri di California, manakala pada 5 Jun lelaki bersenjata membunuh seorang dan mencederakan dua yang lain di kampus di Seattle.

Pada bulan Jun juga, beberapa orang yang mungkin mempunyai kaitan dengan kumpulan anti-kerajaan menembak mati dua anggota polis dan seorang awam di Las Vegas, dan seorang remaja lelaki bersenjata menembak mati seorang pelajar berusia 14 tahun di sekolah tinggi Oregon.
Tags / Kata Kunci: tembak , lelaki bersenjata
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan