Tiga Suspek Bunuh Remaja Palestin Akan Dibebaskan - Berita Dunia | mStar

Tiga Suspek Bunuh Remaja Palestin Akan Dibebaskan

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 4:11 PM

Penunjuk perasaan yang melakukan bantahan terhadap pembunuhan Mohammed Abu Khder (gambar latar belakang).

(Ubah saiz teks)

BAITULMAQDIS: Tiga daripada enam rakyat Israel yang ditahan kerana kes culik dan bunuh seorang remaja Palestin minggu lalu akan dibebaskan, menurut media Israel, Rabu.

"Tiga daripada enam suspek dalam kes pembunuhan remaja Palestin Mohammed Abu Khder akan dibebaskan pada Khamis," kata harian Haaretz.

"Jika tidak ada perkembangan baharu terhadap tiga daripada enam suspek... mereka dijangka akan dibebaskan esok," lapor laman web berita, Nana.

Israel menahan enam pelampau Yahudi pada Ahad berkaitan pembunuhan Abu Khder, 16, pada 2 Julai dalam serangan mengerikan yang mencetuskan pertempuran berhari-hari di timur Jerusalem dan bandar-bandar Arab Israel.

Keesokan harinya sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata, tiga daripada suspek telah mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.

Palestin berkata mereka mempunyai harapan yang rendah bahawa Israel akan membawa pembunuh pelajar berkenaan ke muka pengadilan dan melepaskan mana-mana suspek mungkin mencetuskan pergolakan.
Tags / Kata Kunci: remaja Palestin , Israel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan