Anak Ikan Paus Terdampar Dua Hari Di Pantai Berjaya Diselamatkan

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 12:24 PM

(Ubah saiz teks)

GOLD COAST: Pasukan penyelamat Australia pada Khamis berjaya membebaskan seekor anak ikan paus selepas hampir dua hari terdampar di sebuah pantai popular, di mana orang ramai dilihat teruja dengan kejadian itu.

Paus kelasa (humpback) itu, dipercayai berusia dua tahun, telah berjaya dipasang dengan abah-abah keselamatan yang direka khas dan bot telah digunakan untuk membawanya ke laut dalam.

Ini merupakan percubaan kelima dalam usaha memindahkan ikan paus itu sejak ia terdampar di Palm Beach, Queensland pada Selasa.

Dalam percubaan sebelumnya, tali yang diikat dengan abah-abah keselamatan terputus atau paus tersekat di benteng pasir.

"Kami telah bekerja mengikut syarat-syarat ditetapkan. Kami mengejar masa," kata penyelia haiwan marin di Taman Laut Sea World Queensland, Tacha Mulligan kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

"Ia adalah masa yang tepat untuk melakukannya apabila kita mampu untuk melepaskannya."

Penyelamat telah mendirikan khemah besar untuk menyejukkan ikan paus pada siang hari, manakala kakitangan dari Sea World dan Jabatan Alam Sekitar dan Perlindungan Warisan Queensland membuat penjagaan pada waktu malam.

Mulligan berkata paus akan kepenatan selepas keluar dari laut selama berjam-jam.

"Ia telah melalui pengalaman yang agak pahit," katanya, sambil menambah haiwan itu kini berada di laut dalam dan penyelamat akan memantau kemajuannya sepanjang hari.

Paus terdampar di pantai merupakan kejadaian agak biasa di Australia, tetapi ahli-ahli sains tidak tahu mengapa ia berlaku.

Paus kelasa pada masa kini sedang melakukan penghijrahan tahunan dari selatan Antartika untuk perairan yang lebih panas di negeri Queensland untuk melahirkan anak.
Tags / Kata Kunci: anak ikan paus , Paus Kelasa

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan