Pameran Tandas, Sisa Buangan Di Tokyo Pupuk Kesedaran Masyarakat

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Dalam sebuah negara yang terkenal dengan teknologi tinggi dan pintar, satu pameran tandas gergasi dan bahan buangan diadakan di Tokyo, khusus untuk rakyat Jepun.

Kanak-kanak yang memakai topi berbentuk bahan buangan teruja menaiki gelongsor tandas gergasi untuk ke bilik air yang dibina dengan ukuran lima meter (16 kaki) tinggi, sempena pameran 'Journey of Poo' (perjalanan bahan buangan) di Muzium Negara Sains Baharu dan Inovasi.

Tujuan pameran itu dianjurkan, termasuklah pameran mangkuk tandas dengan dendangan lagu, adalah untuk mendidik pelawat mengenai sistem pembetungan, kesihatan dan bahan buangan.

Sebuah 'tandas yang marah' bertanya dengan kuat apa yang akan berlaku jika sistem pembentungan di dunia enggan menjalankan tugasnya, sambil menggalakkan kanak-kanak untuk berkata 'terima kasih' selepas mengepam tandas mereka.


Kanak-kanak juga berbaris untuk bermain-main dengan tanah liat, membentuk najis, manakala terdapat juga pasangan bercinta yang menikmati temu janji mereka dengan cara luar biasa dengan mengambil peluang memakai topi berbentuk najis dan mengelongsor ke tandas.

Tags / Kata Kunci: pameran tandas , najis , pembentungan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan