Pengunjung Marah Restoran Ayam 'Tiada Ayam'

Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 10:48 AM

Gambar restoran di Grandby Street yang berdepan waktu sibuk sehingga kehabisan stok ayam.

(Ubah saiz teks)

PENGGEMAR makanan berasaskan ayam panggang di Leicester resah apabila restoran Nando's cawangan di tempat mereka mereka kehabisan ayam.

Cawangan restoran popular bertemakan Potugis di Grandby Street tidak dapat menyediakan hidangan utama mereka kepada pengunjungnya berikutan hujung minggu yang sibuk, di mana pelanggan bergegas ke restoran itu untuk menggunakan kad kesetiaan mereka yang hampir tamat tempohnya.

Berita itu tercetus apabila pelanggan yang kecewa telah menulis di Twitter bahawa kakitangan restoran telah memberitahu mereka banyak menu tidak dapat disediakan.

Nandos bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Restoran kami di Granby Street, Leicester mengalami hujung minggu yang amat sibuk," kata seorang jurucakap.

"Ramai pelanggan telah bergegas ke restoran untuk menggunakan kad kesetiaan yang hampir tamat tempoh bagi mendapatkan ganjaran mereka dan kami juga telah melancarkan penghantaran ke rumah secara dalam talian. 

"Malangnya restoran ini kehabisan beberapa pilihan ayam, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat. Kami ingin memohon maaf kepada beberapa pelanggan yang tidak mendapat makanan yang menjadi pilihan mereka."
Tags / Kata Kunci: kehabisan ayam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan