Umat Islam Myanmar Puasa Tapi Tak Tenteram

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 8:30 AM

TIN Tin Kyaw (tengah) meratapi kematian suaminya yang diserang ketika mahu menunaikan solat Subuh di sebuah masjid.

(Ubah saiz teks)

YANGON: Umat Islam Myanmar menjalani ibadah puasa dalam keadaan tidak tenteram berikutan tindakan perusuh pelampau Buddha yang mencetuskan pertelingkahan hingga mengakibatkan dua kematian setakat ini.



Perusuh terbabit menaiki motosikal di bandar Mandalay bertindak membaling batu ke arah masjid dan kedai dimiliki orang Islam sejak dua hari lalu.

Seorang mangsa beragama Islam dipercayai diserang ketika berjalan ke masjid untuk solat Subuh, bagaimanapun mangsa kedua beragama Buddha dan kematiannya masih disiasat.

Pegawai yang menguruskan pengebumian mangsa, U Tin Aung berkata, mangsa cedera akibat perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan pelampau itu.

Pertelingkahan bermula pada malam Rabu lalu di bandar ini, dipercayai kejadian keganasan paling teruk di bandar ini.

Kejadian itu turut menimbulkan kebimbangan keganasan lebih teruk berlaku di Mandalay iaitu pusat bersejarah kebudayaan Buddha yang mempunyai masyarakat penganut Buddha serta Islam yang sebelum ini hidup aman.

Setiausaha Pusat Konvensyen Agama Belia Myanmar, Khin Maung Oo berkata, pertelingkahan itu bermula berikutan khabar angin menyatakan seorang pemilik kedai minum Islam merogol seorang wanita Buddha.

Polis tidak menafikan atau mengesahkan sama ada kejadian itu benar-benar berlaku, namun mengakui menerima maklumat bahawa kedai berkenaan akan diserang dan pemiliknya diminta menutup kedai lebih awal dari biasa.

Ratusan anggota polis terpaksa mengawal keadaan selepas lebih 300 pelampau Buddha yang menyanyikan lagu kebangsaan berarak ke arah kedai berkenaan.

Anggota polis menembak peluru getah untuk menyuraikan orang ramai yang kemudian berpecah kepada kumpulan kecil yang terus membuat kacau selama beberapa jam.

Sebuah masjid mengalami kerosakan kecil akibat dibaling batu, malah beberapa kedai milik orang Islam turut digeledah, manakala beberapa kenderaan juga dibakar.

Tags / Kata Kunci: Mandalay , umat Islam , perusuh

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan