Jemaah Tak Dibenar 'Chop' Ruang Masjidil Haram

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 2:00 AM

Setiap ruang di sekitar Masjidil Haram penuh dengan jemaah pelbagai negara dunia sepanjang Ramadan.

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Menyedari peningkatan bilangan jemaah sepanjang Ramadan ini, amalan menempah ruang untuk orang lain di dalam Masjidil Haram adalah tidak dibenarkan.


Naib pengerusi jawatankuasa perunding agama, Yusuf Al-Wabil berkata, orang awam diminta tidak melakukannya pada bulan mulia ini.

“Perkara ini biasa berlaku kerana terdapat beberapa jemaah yang menempah ruang untuk kumpulan jemaah lain,” katanya.

Pada masa sama, pihak berkuasa Arab Saudi membuka beberapa ruang di bangunan tambahan sekitar Masjidil Haram bagi memudahkan jemaah beribadah.

Pengarah Komunikasi, Mejar Abdul Rahman Al-Qahtani berkata, ruang tambahan itu bagi memenuhi kapasiti jemaah mencecah 625,000 orang.

“Seramai 40,000 jemaah akan memenuhi kawasan Tawaf di sekitar masjid ini dan hampir dua juta jemaah tempatan dan luar negara akan melakukan solat Tarawih,” katanya.

Menurutnya,  lebih 1,250 kamera dipasang di dalam dan di luar masjid untuk memantau pergerakan jemaah dan menjaga keselamatan mereka.

“Kami memantau jemaah melalui 270 skrin televisyen dan jika ada kecurigaan kami akan salurkan kepada pihak keselamatan,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Masjidil Haram , Yusuf Al-Wabil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan