Rasuah Dan Salah Guna Kuasa: Sarkozy Didakwa

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 1:44 PM

Sarkozy dikatakan mendapat bantuan Gaddafi (kanan) untuk menang pilihan raya presiden 2007.

(Ubah saiz teks)

BEKAS Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa, kata pendakwa raya negara itu, pada Rabu.


Ketegasan pihak berkuasa Perancis dilihat sebagai langkah dramatik dalam siasatan kes jenayah yang sekali gus akan melenyapkan peluangnya untuk kembali aktif dalam arena politik.

Keputusan menghadapkan Sarkozy ke mahkamah itu dibuat selepas beliau disoal siasat selama 15 jam.

Insiden ini menjadikan beliau sebagai bekas pemimpin negara itu yang pertama ditahan atas pertuduhan jenayah.

Pemimpin itu ditahan di sebuah balai polis di subbandar Paris kerana disyaki terbabit mempengaruhi prosiding mahkamah berkaitan rasuah.

Menaiki kereta bercermin gelap, Sarkozky hadir di balai polis Nanterre pada pukul 8 pagi Selasa.

Selepas keterangannya diambil, bekas presiden itu dibawa ke mahkamah pada awal pagi Rabu untuk didakwa kerana pembabitannya dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

Jika didapati bersalah, beliau berhadapan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Sehari sebelum itu, peguamnya, Thierry Herzog dan majistret, Gilbert Azibert ditahan untuk soal siasat, di mana kedua-duanya turut didakwa kerana salah guna kuasa dalam prosiding mahkamah yang dijalankan pada lewat malam.

Siasatan mendapati, Sarkozy cuba mendapatkan maklumat daripada seorang majistret berkaitan prosiding sulit berkaitan kes dana haram pilihan raya, selepas dimaklumkan seorang tokoh.

Bekas presiden berusia 59 tahun itu berhadapan pertikaian mahkamah yang berterusan sejak tewas kepada Francois Hollande pada pilihan raya presiden pada 2012.

Beliau dijangka kembali aktif dalam polis pada pemilihan presiden 2017, bagaimanapun semua perancangan itu tergendala berikutan kes rasuah itu.

"Tidak pernah ada bekas presiden dilayan sedemikian, ia seperti tindakan untuk melepaskan rasa benci," kata Datuk Bandar Nice yang juga Ahli parlimen parti UMP yang dipimpin Sarkozy, Christian Estrosi.

Siasatan kes itu bermula apabila hakim meneliti dakwaan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi membiayai kempen pilihan raya, seterusnya mendapat kebenaran untuk memasang alat pengesan pada telefon bekas presiden itu.

Selepas empat bulan, didapati Sarkozy mempunyai telefon sulit yang didaftarkan atas nama seseorang dan rakaman alat itu membawa kepada bermulanya siasatan berkaitan salah guna kuasa itu.

Sarkozy didapati dibantu untuk menang pilihan raya 2007 dengan menerima 50 juta euros daripada Gaddafi dan sampul dipenuhi wang tunai daripada wanita terkaya di Perancis, pewaris L'Oreal, Liliane Bettencourt.

Bendahari kempen pilihan rayanya adalah antara 10 individu yang menunggu untuk dibicarakan berkaitan kes Bettencourt.

Setakat ini, siasatan berkaitan pembabitan Gaddafi masih berjalan, termasuk beberapa lagi kes membabitkan bekas pemimpin nombor satu Perancis itu.

Bulan lalu, Sarkozy dikaitkan dengan skandal membabitkan dana kempen pemilihan semula pada 2012 di mana pemimpin parti pimpinannya dipaksa meletak jawatan apabila sejumlah 10 juta euros ($13.6 juta) yang digunakan untuk menyokong Sarkozy diluluskan sebagai perbelanjaan parti.

Beliau bagaimanapun menafikan perkara itu.

Sejak beberapa tahun lalu, hakim di Perancis menunjukkan kesediaan untuk mendakwa bekas pemimpin negara itu, termasuk kejayaan mendakwa bekas presiden, Jacques Chirac pada 2011 juga berkaitan kes rasuah ketika menjawat jawatan Datuk Bandar Paris.

Beliau bagaimanapun dikecualikan daripada menghadiri perbicaraan kerana faktor kesihatan dan dikenakan hukuman penjara dua tahun.


Tags / Kata Kunci: Nicolas Sarkozy , salah guna kuasa , Perancis

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan