Jusuf Kalla Dikejarkan Ke Hospital Selepas Debat

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Calon naib presiden, Jusuf Kalla dimasukkan ke Hospital Abdi Waluyo di Jakarta Pusat sebaik selesai acara debat pada malam Ahad.

Jusuf, 72, dipercayai dimasukkan ke hospital itu kerana keletihan berikutan aktiviti kempen yang padat menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.

Selepas berakhir acara debat yang hanya membabitkan calon naib presiden, Jusuf ke Hospital Abdi Waluyo bagi memeriksa keadaan kesihatannya, namun doktor yang merawat gandingan calon presiden Joko Widodo itu memutuskan untuk menahannya di hospital ekoran tahap kesihatan yang terus merosot.

Pada Isnin, sejumlah rakan dan pemimpin pasukan kempen pasangan Jokowi-Jusuf melawat bekas naib presiden Indonesia itu, antaranya bekas Menteri Perindustrian, Fahmi Idris.

Ketika ditemui pemberita, Fahmi berkata Jusuf dimasukkan ke hospital tersebut kerana keletihan berikutan jadual kempennya yang padat.

"Berangkat jam 5 pagi, pulang ke rumah jam 12 malam. Itu setiap hari, siapa saja boleh jatuh sakit kalau terus begini. Saya juga dulu pernah begini. Siapa saja boleh seperti ini akibat keletihan," kata Fahmi.

Beliau berkata doktor menasihatkan Jusuf agar berehat sehingga keadaan kesihatannya pulih.

Pada Ahad malam, Jusuf dan lawannya, Hatta Rajasa, menyertai debat yang menyentuh pembangunan sumber manusia, sains dan teknologi.

Debat itu yang hanya menampilkan calon naib presiden adalah yang keempat daripada lima sesi yang dianjurkan oleh Komiti Pemilihan Umum (KPU) bagi menghadapi Pemilu Presiden tersebut.


Tags / Kata Kunci: Pemilu

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan