Akibat Suara Seperti Lelaki, Wanita Dituduh Menyamar

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 12:18 PM

(Ubah saiz teks)

GARA-gara suaranya yang kasar seperti lelaki, seorang wanita berdepan masalah apabila permohonannya untuk menamatkan langanan siaran televisyen Sky ditolak.

Masalah itu timbul apabila Norma Clarke, 56, yang tinggal di Manchester membuat panggilan ke bahagian pendaftaran Sky untuk menamatkan siaran televisyen berbayar itu.

Akibat berang permintaannya ditolak, Norma menjerit berkata, "Saya Norma bukan Norman. Saya wanita bernama Norma.

Pekerja Sky yang menerima panggilan itu memberitahunya, Norma telah memberikan kata laluan dan mejawab soalan dengan betul.

"Tetapi saya tidak dapat menamatkan panggilan ini kerana suara anda membayangkan kamu seorang lelaki dan bukannya wanita," kata pekerja Sky diakhir panggilan.

Berikutan itu, Norma terpaksa ke pejabat Sky bagi membuktikan dia seorang wanita yang bersuara kasar seperti lelaki.

Tags / Kata Kunci: Sky

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan