Ibu Negara Nigeria Dibom, 21 Maut - Berita Dunia | mStar

Ibu Negara Nigeria Dibom, 21 Maut

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

KETIKA skuad Nigeria berhempulas-pulas bagi melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik saingan Piala Dunia di Brazil, ibu negaranya, Abuja dikejutkan dengan kejadian pengeboman yang mengorbankan 21 orang awam.

Dalam insiden di pusat beli-belah terkenal, Plaza Banex ketika waktu kemuncak itu, seramai 52 orang parah akibat letupan berkenaan.

Polis telah berjaya menahan suspek yang dipercayai telibat.

Bagaimanapun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.

Firefighters try to put out a fire after a bomb exploded in a crowded shopping centre in Nigeria's capital Abuja on 25 June 2014.

Kumpulan militan Boko Haram sebelum ini menjadikan Plaza Banex sebagai sasaran dalam siri pengebomannya.

Doktor dan jururawat yang bertugas menceritakan mereka telah menerima ramai mangsa yang mengalami kecederaan serius seperti terbakar di muka selain luka di seluruh badan.

"Terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang berdarah di dahi menangis teresak-esak mencari ibunya.

"Kami tidak menemui ibunya dan tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu hidup atau mati," jelas jururawat terbabit.

People watch as smoke fills the sky after an explosion at a shopping mall, on 25 June 2014, in Abuja, Nigeria.



Tags / Kata Kunci: Abuja , Nigeria

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan