Mesir Jatuhkan Hukuman Penjara Terhadap Wartawan Al Jazeera

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 8:57 PM

Dari kiri, Peter Greste, Mohamed Fadel Fahmy dan Baher Mohamed ketika mendengar hukuman yang dijatuhkan kepada mereka, Isnin.

(Ubah saiz teks)

MAHKAMAH di Mesir pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara antara 7 hingga 10 tahun terhadap tiga orang wartawan Al-Jazeera yang dituduh membantu Ikhwanul Muslimin.

Wartawan Australia, Peter Greste dan wartawan Mesir-Kanada Mohamed Fadel Fahmy dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, manakala penerbit Baher Mohamed dijatuhkan dua hukuman iaitu tujuh tahun dan tiga tahun penjara.

Ketiga-tiga wartawan itu adalah antara 20 defendan dalam perbicaraan yang menimbulkan kemarahan dunia di tengah-tengah kebimbangan mengenai tekanan terhadap media di Mesir.

Menurut Al-Jazeera, sembilan dari 20 defendan itu adalah kakitangan stesen televisyen itu yang berpangkalan di Qatar, termasuk dua orang wartawan asing.

Salah seorang daripadanya adalah wartawan wanita dari Belanda, Rena Netjes.

Sementara itu Menteri Luar Australia, Julie Bishop terkejut dan sedih mendengar keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman seberat itu.

"Kerajaan Australia tidak memahaminya berdasarkan bukti yang dikemukakan dalam kes ini," katanya kepada AFP.

Hukuman berat tetap dikenakan walaupun pada penghujung minggu lalu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sudah bercakap dengan pemimpin baru Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Sejak penggulingan Mohammad Mursi yang disokong Ikhwanul Muslimin pada Julai 2013, pemerintah di Mesir sangat terganggu dengan berbagai berita yang dilaporakan Al-Jazeera.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan