Vietnam Gantung Lesen Anak Kapal Selepas Tidak Mendarat Di Lapangan Terbang Sepatutnya

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 9:25 PM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Pihak berkuasa penerbangan Vietnam menggantung kru kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah VietJet Air selepas penerbangan yang sepatutnya mendarat di pusat pelancongan Da Lat membuat pendaratan di lapangan terbang lain yang terletak lebih dari 100 kilometer jauhnya.

Penerbangan VJ 8575 yang membawa 200 penumpang mendarat di lapangan terbang Cam Ranh berhampiran bandar pantai Nha Trang, sebuah lagi destinasi pelancongan yang popular pada malam Khamis, dan bukannya bandar Central Highlands di bandar Da Lat yang terletak kira-kira 130 kilometer (80 batu) di barat daya.

Kejadian itu berlaku "kerana penyelaras penerbangan dan anak kapal VietJet Air, tidak mengikut prosedur penerbangan yang betul", kata Lembaga Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) dalam satu kenyataan dalam talian.

Badan itu berkata pihaknya memutuskan "untuk menggantung sementara lesen" anak-anak kapal dan juga kakitangan lain yang terlibat manakala siasatan sedang dijalankan.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai pekerja dari syarikat penerbangan atau lapangan terbang mana yang terlibat telah digantung.

CAAV juga berkata "tindakan yang sesuai" akan dikenakan terhadap syarikat penerbangan itu.

Penumpang di atas kapal terbang tersebut kemudiannya telah dipindahkan ke satu lagi penerbangan VietJet Air pada Khamis.

VietJet Air tidak dapat memberikan komen dengan segera.
Tags / Kata Kunci: VietJet Air , Da Lat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan