Ramai Pekerja Seks 'Dolly' Belum Ambil Pampasan

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 11:47 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Hanya 318 daripada 1,449 pekerja seks tersenarai, mengambil pampasan yang ditawarkan kerajaan Indonesia berikutan penutupan 'Dolly' Surabaya, antara kawasan pelacuran terbesar di Asia Tenggara, pada 18 Jun.

Ketua Jabatan Pemulihan Sosial Agensi Hal Ehwal Sosial Surabaya Dedy Sosialisto berkata sehingga Isnin, hanya 63 daripada 311 bapa dan ibu ayam mengambil bayaran itu.

Berikutan itu, katanya, agensi tersebut melanjutkan tempoh akhir untuk mengambil bayaran itu dari 23-26 Jun.

"Saya harap lebih banyak orang akan mengambil bayaran pampasan itu kerana wang yang tidak diambil akan dikembalikan kepada kerajaan," kata Dedy seperti dipetik Jakarta Post pada Isnin.

Kementerian Hal Ehwal Sosial memperuntukkan 8 bilion Rupiah (US$666,944) sebagai bayaran pampasan, dengan setiap pekerja seks serta ibu dan bapa ayam menerima kira-kira 5 juta Rupiah.

Pada 18 Jun, Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini, Gabenor Jawa Timur Soekarwo dan Menteri Hal Ehwal Sosial Salim Segaf Al Jufri menyaksikan penutupan kawasan pelacuran itu.

Dolly menempatkan 1,449 pekerja seks, 311 ibu dan bapa ayam serta kira-kira 300 rumah pelacuran. Kira-kira 400 penduduk di kawasan itu mencari rezeki dengan menjalankan pelbagai perniagaan lain.
Tags / Kata Kunci: Dolly , pampasan , pekerja seks

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan