MH370: Media Britain Dakwa Polis Malaysia Kenal Pasti Kapten Zaharie Sebagai Suspek

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

SIASATAN rasmi polis berhubung kes kehilangan Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan mengenal pasti juruterbang pesawat itu sebagai suspek utama.

Polis Malaysia mendapati ayah kepada tiga anak itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dilihat tidak membuat sebarang komitmen kerja atau sosial pada masa akan datang, melainkan anggota krewnya yang lain, lapor Sunday Times.

Siasatan mereka juga menemui bahawa beliau telah memprogramkan simulator penerbangan dengan latihan penerbangan jauh ke selatan lautan Hindi dan mendarat di sebuah pulau menggunakan landasan pendek, dakwa akhbar itu.

Program latihan itu dikatakan telah dipadam tetapi kemudiannya dikesan oleh pakar komputer.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China.

Terdapat 239 penumpang dan krew di dalam pesawat itu.

Sehingga kini, pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui. - mirror.co.uk


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan