Rakyat Indonesia Tidak Perlu Pemimpin Kasar - Berita Dunia | mStar

Rakyat Indonesia Tidak Perlu Pemimpin Kasar

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 11:41 PM

Jusuf Kalla.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Calon naib presiden, Jusuf Kalla menegaskan pada masa ini, Indonesia memerlukan tokoh bersikap demokratik dan melibatkan penyertaan rakyat, bukannya pemimpin kasar serta mengamalkan kuku besi. 

"Tidak ada lagi waktu untuk berpindah kepada sistem pemimpin diktator. Tidak ada lagi pemimpin yang kasar kepada rakyatnya, sistem seperti itu sekarang tidak tepat lagi. 

"Dan tidak ada lagi tempat yang tidak demokratik, tidak ada lagi pemimpin yang tidak memberi kesempatan bertanya kepada rakyatnya," kata Jusuf di Bandung, Jawa Barat, Sabtu. 

Jusuf yang berpasangan dengan calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi akan berdepan Prabowo Subianto yang juga bekas pemimpin tertinggi Tentera Indonesia dan pasangannya, Hatta Rajasa pada Pemilihan Umum Presiden, 9 Julai ini. 

Dalam pada itu, Jusuf berkata Indonesia memerlukan pemimpin yang jujur serta bersikap demokratik dan ciri-ciri tersebut ada pada Jokowi. 

"Kenapa? Pak Jokowi menjadi keinginan rakyatnya, kerana Pak Jokowi mempunyai ciri seperti itu," kata Jusuf. 

Jusuf berkata sekarang bukan zaman diktaktor melainkan penyertaan rakyat, 'yakni zaman di mana suara rakyat didengar dan pemimpin menjalankan perintah rakyat'. 

"Bukan zaman pemerintah asal memerintah saja. Oleh kerana itu sokongan kepada Pak Jokowi dan saya menjadi harapan kita untuk perubahan bangsa ini," tegasnya.
Tags / Kata Kunci: Jusuf Kala , Indonesia , Pemilu
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan