Schumacher Tak Akan Pulih Sepenuhnya - Pakar

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

PAKAR perubatan menolak kemungkinan Michael Schumacher akan pulih sepenuhnya.


Juara tujuh kali kejohanan dunia itu kini dipindahkan dari hospital di Perancis di Grenoble di mana beliau koma selama enam bulan ke pusat pemulihan.

Kini Schumacher berada di Lausanne, kira-kira 32 kilometer dari kediaman mewahnya yang bernilai £50 juta bersama Corrina dan dua anak mereka.

Sehingga kini, beliau dapat berkomunikasi dengan doktor dengan menganggukkan kepala dan membuka mata.

Bagaimanapun, pakar neurologi, Erich Riederer berkata: "Beliau akan kekal sebagai seorang yang tidak berdaya sepanjang umurnya dan akan sentiasa perlu mendapatkan bantuan orang lain."

Bertugas di Zurich, Riederer berkata, pelumba Formula One itu perlu menjalani terapi rehabilitasi yang panjang kerana mengalami kecederaan kekal.

Bagaimanapun, tambahnya: "Adalah sesuatu yang menakjubkan melihat seseorang itu sedar selepas koma hampir setengah tahun.

"Untuk beliau ia sesuatu yang positif, juga kepada ahli keluarganya dan ini yang paling utama."

Riederer berkata, Schumacher yang berusia 45 tahun itu semakin susut badannya kerana kehilangan banyak otot selepas koma untuk tempoh masa lama.

Pada satu peringkat, berat badan peminat bola sepak itu dikatakan menurun sebanyak 25 peratus.

Pakar itu menambah, adalah menjadi suatu kejayaan jika Schumacher dapat duduk tanpa bantuan orang lain selepas tiga bulan dan seterusnya mengendalikan kerusi roda elektrik dalam masa enam bulan dari sekarang.



Tags / Kata Kunci: Michael Schumacher , Grenoble , Corina

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan