Firma Malaysia Hilang Hak Milik Tanah Kelapa Sawit di Papua New Guinea

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 5:09 PM

Hak milik tanah ladang kelapa sawit syarikat Malaysia di Papua New Guinea dibatalkan kerana aduan pemilik tanah adat. Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Sebuah mahkamah di Papua New Guinea (PNG) membatalkan dua hak milik tanah 99 tahun yang diberikan kepada Kuala Lumpur Kepong (KLK) Malaysia untuk membangunkan ladang kelapa sawit di kawasan 38,350 hektar di Collingwood Bay, Wilayah Oro, berikutan aduan pemilik tanah adat.


Laporan oleh Fatima Hansia dalam blognya CorpWatch berkata, pemilik tanah tempatan mendakwa pembangunan kelapa sawit akan membebankan masyarakat, kerana penebangan pokok kawasan hutan hujan sebagai persediaan membuka ladang akan menghakis kepelbagaian bio dan corak kehidupan manakala sejumlah besar karbon dioksida dilepaskan.

Anggota masyarakat mengalu-alukan keputusan itu dan menggesa mahkamah mengambil langkah susulan.

"Kami menggesa kerajaan mengambil keputusan tegas...dengan membatalkan semua pajakan haram," dakwa jurucakap masyarakat berkenaan, Lester Seri, dalam blog PNGexposed.

"Kes mahkamah memerlukan belanja tinggi dan di luar kemampuan kebanyakan penduduk kampung."

Sejak lewat 1970-an, PNG berusaha menarik pelaburan daripada syarikat perniagaan tani asing untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan dengan mengeluarkan Pajakan Perniagaan Khas Pertanian (SABL) bagi membangunkan konsesi tanah.

Setakat ini, 400 SABL meliputi lima juta ekar (kira-kira 2.02 juta hektar) dikeluarkan, kata blog itu.

Di bawah Akta Tanah 1996, SABL hanya boleh dikeluarkan jika "satu perjanjian pajakan dalam borang diluluskan" atau satu "perjanjian pengambilalihan" ditandatangani.

Ini bermakna negara mesti mempunyai satu perjanjian pajakan sah dengan pemimpin tanah adat dan kebenaran awal pemilik tanah yang terjejas.Bagaimanapun, sistem SABL dikecam baru-baru ini.

Sebuah Suruhanjaya Penyiasat ditubuhkan pada 2011 selepas aduan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) persekitaran dan hak asasi manusia terhadap "rampasan tanah" tanah adat.

"Suruhanjaya Penyiasat mendapati berlaku salah guna berleluasa, pemalsuan, kurang koordinasi antara agensi kerajaan, kegagalan dan pegawai kerajaan yang tidak cekap untuk memastikan pematuhan, tanggungjawab dan ketelusan dalam proses SABL daripada peringkat permohonan sehingga pendaftaran, pemprosesan, kelulusan dan pemberian SABL," kata John Numapo, Ketua Pesuruhjaya dalam laporan akhirnya.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan