Prabowo Turut Dolak-Dalik Isu Derma Kempen

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 9:06 PM

Prabowo Subianto

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Selepas mengkritik calon presiden Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo atau Jokowi kerana menerima sumbangan kempen dari orang ramai, calon Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) Prabowo Subianto turut melakukan perkara yang sama.

"Prabowo dan (regunya) Hatta (Rajasa) pada mulanya mengkritik keras skim sumbangan awam, tetapi kini tanpa alasan jelas, mereka turut melakukan perkara yaang sama," Direktur Lingkar Madani untuk Indonesia (Lima) Ray Rangkuti dipetik Jakarta Globe dalam talian sebagai berkata pada Ahad.

Jokowi dan gandingannya Jusuf Kalla telah mengumpul 40 bilion Rupiah (U$3.38 juta) sejak membuka tiga akaun bank dengan nama mereka pada 29 Mei bagi tujuan menerima sumbangan, menjadikan calon presiden pertama dalam sejarah Indonesia berbuat demikian.

Kira-kira 30,000 penyokong menyumbang setakat ini dengan kempen mengumpul purata 2 bilion Rupiah setiap hari.

Pegawai kempen Jokowi-Jusuf, Dolfie OFP berkata perubahan tindakan Prabowo itu menunjukkan beliau tidak mempunyai visi yang jelas.

"Ini tidak konsisten, mereka mengkritik Jokowi-Jusuf bila mereka membuka akaun dan kini mereka melakukan perkara yang sama," katanya.

Pada masa yang sama, kempen Prabowo menegaskan menerima sumbangan awam merupakan pendekatan politik yang tidak sopan.

"(Jokowi-Jusuf) mendakwa mereka mahu menjadikan Indonesia makmur sebaliknya mereka menyebabkan penyokong mereka menderita," kata ketua hal ehwal perundangan kempen Prabowo-Hatta, Ahmad Yani.

Beliau berkata kempen itu menjunjukkan seseorang calon perlu cukup kaya untuk membiayai hasrat mereka.

"Calon presiden perlu kaya agar pengundinya tidak perlu mengemis di jalanan, ia merupakan ketidakwajaran sosial yang merendahkan maruah manusia.

"Kenapa meminta rakyat untuk mengemis," kata pegawai kempen Suryo Prabowo.

Tetapi pada Jumaat, kempen mengumumkan ia bagaimanapun akan mula menerima sumbangan.

Tags / Kata Kunci: Prabowo Subianto , Indonesia

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan