Bekas Guru Mengaku Rogol Murid Di Tempat Letak Kereta Sekolah

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 1:51 PM

Anthony Criscuolo (kiri) mengaku merogol seorang murid di tempat letak kereta sekolah.

(Ubah saiz teks)

SEORANG bekas guru berhadapan dengan hukuman penjara 14 tahun selepas mengaku merogol seorang murid berusia 10 tahun di tempat letak kereta sekolah.

Pendakwa berkata, Anthony Criscuolo, 41, yang pernah menjadi seorang guru untuk gred lima di sebuah sekolah awam di New York membuat tipu helah terhadap keluarga mangsa dengan memberitahu mereka bahawa dia akan membawa murid berkenaan ke sebuah majlis anugerah sekolah.

Sebaliknya, lelaki berkenaan merogol murid tersebut di tempat letak kereta sekolah, lapor New York Daily News.

Beliau sebelum ini membeli beberapa hadiah untuk murid berkenaan termasuk sebuah iPod touch, dan menghantar emel tidak senonoh kepadanya.

Peguam daerah Bronx, Roberth Johnson berkata, Criscuolo bersetuju untuk membuat rayuan berhubung kesnya pada Jumaat.

Syarat-syarat perjanjian itu bermaksud beliau akan hilang lesen perguruannya, dan didaftarkan sebagai pesalah seks.

Beliau juga boleh dikenakan penjara selama 14 tahun apabila dia akan dijatuhkan hukuman pada bulan depan. - mirror.co.uk


Tags / Kata Kunci: Anthony Criscuolo , bekas guru rogol

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan