Sembilan Terbunuh Rusuhan di Dhaka

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 7:40 PM

Warga Bangladesh mengangkat mayat mangsa yang terbunuh dalam rusuhan di kem pelarian di Dhaka pada Sabtu. Rusuhan yang berlaku di utara Dhaka mengorbankan sembilan nyawa. - Foto AFP.

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Sembilan dilaporkan terbunuh dalam rusuhan di kem pelarian ketika satu sambutan pesta hari ini. 

Majoriti penduduk di Bandar Mirpur itu terdiri daripada masyarakat Muslim Bihari. 

Pihak berkuasa berkata ketegangan semakin memuncak. 

Perkhidmatan kecemasan menganggarkan sembilan orang maut setakat ini, termasuk lapan di kem berkenaan dan seorang lagi dibawa ke hospital dari pusat bandar Dhaka. 

Punca sebenar kejadian masih tidak diketahui. 

Kira-kira setengah juta Muslim daripada keturunan India tinggal di kem pelarian di negara itu sejak perang kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971. 

Sebahagian besar mangsa di kem pelarian berkenaan mati terbakar selepas rumah mereka dibakar dalam pergaduhan itu, kata pengarah bomba, Mahabubur Rahman. 
Tags / Kata Kunci: rusuhan , Dhaka

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan