Berbasikal, Menari Bersama Rahsia Perkahwinan Kekal 70 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 1:45 AM

Alicia Smith (kanan) dan Fred.

(Ubah saiz teks)

SALAH satu pasangan paling lama berkahwin di Britain telah menyambut ulang tahun perkahwinan platinum mereka.

Semuanya bermula ketika mereka duduk berdekatan di dalam kelas, 70 tahun yang lalu.

Fred dan Alicia Smith, kedua-duanya berusia 93 tahun, bertemu ketika mereka berusia sepuluh tahun apabila Alicia duduk di belakang Fred semasa sesi pembelajaran.

Kedua-dua percaya rahsia perkahwinan mereka kekal lama kerana aktif melakukan aktiviti bersama-sama, seperti berenang, menari dan berbasikal bersama sekerap yang boleh.

Kedua-duanya, dari Ribchester, Lancashire, seolah-olah tidak dapat dipisahkan dan anak perempuan mereka Janis Whitlock,57, berkata, mereka masih berpegangan tangan di sofa semasa menonton televisyen bersama-sama.

Mereka mula mengadakan janji temu pada tahun 1936 apabila pertama kali menaiki basikal bersama-sama pada usia 15 tahun dan hubungan itu kekal sehingga hari ini.

Selepas meraikan ulang tahun perkahwinan platinum mereka pada Khamis, Fred berkata: "Kami menari, berbasikal dan berenang bersama-sama selama mana yang boleh. Kami masih berkawan baik dan membantu antara satu sama lain.

"Masa yang dinikmati bersama terlalu lama dan banyak. Alicia duduk di belakang saya semasa di sekolah dan sejak itu kami berkawan."

Selepas meninggalkan sekolah, Fred menyertai Northrop Mill di Blackburn, Lancashire, sebagai pembuat mesin tenun dan Alicia berkhidmat untuk kedai dobi The Co-op.

Mereka berkahwin di Gereja St Stephen pada tahun 1944 dan tidak lama selepas itu Fred dipanggil untuk berkhidmat sebagai jurutera dan pemandu kapal tangki tentera.

Dia juga pernah berkhidmat di Mesir semasa perang.

Selepas perang, Fred kembali ke pekerjaan lama sebelum berpindah ke Bury, Greater Manchester, untuk mengendalikan kilang.

Tidak lama selepas itu, pasangan itu membuka kedai pakaian bayi di Whalley Range, Blackburn, Lancashire, yang dikendalikan Alicia sepenuh masa, sebelum berpindah ke Ribchester, 49 tahun yang lalu.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak, enam orang cucu dan lima cicit, dengan cicit keenam dijangka lahir pada 21 Jun.

Fred menambah: "Saya pernah mengayuh basikal pada waktu rehat tengahari ke tempat kerja Alicia supaya saya dapat melihatnya.

"Basikal saya hanya ada tiga gear jadi ia agak sukar. Kami sentiasa menonton dan melakukan semuanya bersama-sama."

Tags / Kata Kunci: pasangan kekal lama , Britain

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan