30 Terbunuh Dalam Letupan Dekat Sempadan Iraq - Berita Dunia | mStar

30 Terbunuh Dalam Letupan Dekat Sempadan Iraq

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 7:32 PM

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Satu kejadian serangan bom di timur Syria berhampiran sempadan Iraq hari ini menyebabkan 30 pengganas terbunuh. 

“Satu letupan besar terkena sebuah pasar senjata api pengganas di Mayadeen, mengorbankan 30 pengganas dan mencederakan berpuluh lain,” lapor berita televisyen. 

Satu lagi laporan menyatakan letupan itu turut mengorbankan 15 orang awam di kawasan pasar. 

Laporan itu menyatakan satu bom kereta diletupkan oleh militan jihad, Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan sama yang menawan Mosul di Iraq dan sedang mara ke Baghdad. 
Tags / Kata Kunci: letupan , Iraq
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan