Pengasas Tabloid Pertahankan Diri Daripada Tuduhan Berkempen Burukkan Jokowi

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 11:20 PM

Joko Widodo.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pengasas sebuah tabloid yang dituduh menjalankan kempen memburuk-burukkan calon presiden Joko Widodo atau Jokowi menafikan berbuat salah, menegaskan media yang terlalu dipengaruhi akan menjejaskan keupayaan Indonesia untuk meneliti dengan betul calon-calon presidennya.
 
"Ini (tabloid) merupakan penyertaan aktif saya sebagai seorang warganegara untuk menyokong calon presiden.
 
"Kami akan memilih seorang pemimpin negara yang akan mentadbir 240 juta rakyat,", demikian pengasas tabloid "Obor Rakyat' Setiyardi Budiono dipetik sebagai berkata oleh Jakarta Globe pada Saturday.

Setiyardi menyangkal dakwaan bahawa tabloid yang diasaskannya itu menjalankan kempen memburuk-burukkan calon presiden daripada Parti Demokratik Perjuangan (PDI-P).
 
"Kami perlu meneliti rekod khidmat calon...jika anda tidak suka dikritik, anda tidak harus menjadi calon presiden atau naib presiden," katanya.
 
Setiyardi, yang merupakan pesuruhjaya sebuah syarikat perladangan milik kerajaan, PTPN XIII (Persero), turut menafikan dakwaan pihak yang menyatakan tabloid itu diedarkan secara sembunyi.
 
"Jika ia sebuah tabloid palsu, saya tidak akan letakkan nama sebenar saya padanya," kataya.

Baru-baru ini, Obor Rakyat penerbitan percuma diedarkan ke beberapa sekolah agama, masjid dan beberapa pemimpin agama menerusi mel - menerbitkan laporan, menyatakan Joko Widodo ialah seorang Cina Kristian.

Pada Jumaat, rakan kongsi Setiyardi, Darmawan Sepriyossa, yang turut menulis artikel untuk tabloid itu dan juga editor Inilah.com, berkata beliau bersetuju menyertai Setiyardi dalam menerbitkan tabloid itu berdasarkan apa yang disifatkannya sebagai kurangnya laporan kritis terhadap rekod gabenor Jakarta itu.

Beliau berkata Setiyardi mahu menerbitkan tabloid itu kerana mereka berdua merupakan penyokong Jokowi, tetapi kecewa kerana beliau melepaskan jawatan sebagai gabenor Jakarta.

Firman Daely, seorang daripada anggota pasukan kempen Jokowi, menolak penjelasan Setiyardi, menegaskan artikel itu dengan mudah mampu mencemarkan reputasi Jokowi.
 
"Jadi, sementara anda masih mempunyai masa, sila bertaubat," katanya kepada Setiyardi semasa perbincangan itu.

Tags / Kata Kunci: Jokowi

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan