Wakil AS Sertai Tilawah Al-Quran Antarabangsa Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 8:30 AM

Yusuf Muhammad Azeem (kiri) dan Fadimah Mohamed Dahir (kanan) bergambar bersama Dr Awang Adek Hussin di Kedutaan Malaysia di Kedutaan Malaysia di Washington.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON:  Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu dalam tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.

Qari dan qariah AS itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Dulles di sini ke Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.

Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyertaan qari dan qariah AS itu adalah yang pertama sejak Malaysia menganjurkan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 56 tahun lepas. 

"Kami mengemukakan cadangan kepada Jabatan Negara AS dan mereka memberitahu kerajaan AS menyokong konsep itu dan berterima kasih kepada Malaysia atas undangan menyertai tilawah. 

"Kami kemudian diminta menghubungi Islamic Society of North America (ISNA)
iaitu pertubuhan Islam terbesar di Amerika Utara. ISNA kemudian mengusulkan nama dua pelajar yang bukan sahaja bersuara merdu tetapi juga memahami kesederhanaan dalam Islam," katanya.

Mereka ialah Yusuf Muhammad Azeem, 15, dari Landham, Maryland, dan Fadima Mohamed Dahir, 18, dari Woodbridge, Virginia.

Sepanjang berada di Malaysia Yusof akan ditemani ibunya Jameela Cattaneo sementara Fadima pula diiringi bapa saudara Ibrahim Abdirahman Sheikhadan.

Awang Adek yang teruja dengan penyertaan dua wakil AS itu, berkata perkara tersebut adalah petunjuk jelas akan hubungan yang bertambah baik dengan AS yang kekal menjadi pasaran kedua terbesar dan pelabur asing utama Malaysia.

Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada April lalu turut merapatkan lagi hubungan Malaysia-AS dalam beberapa isu global.

Pentadbiran AS turut mengikuti dengan teliti setiap kenyataan yang dibuat oleh Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang semakin mendapat tempat ketika beberapa bahagian di dunia ini menghadapi konflik keganasan. 

Mengulas lanjut, Awang Adek berkata penyertaan qari dan qariah AS itu juga harus dilihat dari konteks sokongan kepada idea kesederhanaan dalam Islam yang dibawa oleh Malaysia dan Perdana Menteri.

"Memang benar idea kesederhanaan dalam Islam diterima baik di AS yang memahami dan menghargai idea tersirat iaitu keharmonian dan toleransi dalam kalangan penduduk berbeza agama," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan