Anggota Parti Demokratik Sokong Prabowo-Hatta

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 8:26 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang pegawai pasukan kempen Pemilihan Umum Presiden (Pemilu) bagi gandingan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa berkata parti Demokratik telah bergabung dengan pakatan diketuai Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) menjelang Pemilu pada 9 Julai.

"Memang benar Parti Demokratik telah bergabung dengan kami," Zulkifli Hasan, anggota pasukan kempen bagi gandingan Prabowo-Hatta dipetik sebagai berkata dalam akhbar 'Jakarta Post' pada Khamis. 

Zulkifli, yang juga Menteri Kehutanan dan sekretari-jenderal Parti Amanat Nasional (PAN), berkata anggota Parti Demokratik mengumumkan kenyataan rasmi selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan gadingan calon itu pada 1 Jun.

Pengerusi Parti Demokratik, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelumnya berkata beliau tidak akan mengambil tindakan ke atas anggota parti yang menyokong man-mana calon walaupun beliau memutuskan bahawa parti secara rasmi akan berkecuali dalam pemilu presiden.

Bagaimanapun, para pegawai parti berpendapat bahawa gandingan Prabowo-Hatta paling menyerupai platform parti mereka sendiri.

"Mulai sekarang, saya ingin memberitahu kepada semua anggota dan penyokong Demokrat bahawa program yang dicadangkan oleh Prabowo-Hatta paling menyerupai program kita sendiri," kata pengerusi eksekutif Parti Demokratik, Syarif Hasan.

Di hadapan para pegawai Demokrat, Prabowo berucap untuk memperkenalkan beberapa programnya yang menurut beliau adalah kesinambungan program yang dilaksanakan oleh Parti Demokratik yang memerintah sejak 10 tahun lalu.

Susulan kemasukkan anggota tambahan, gandingan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa yang mampamerkan slot nombor '1' pada kertas undi, disokong oleh Parti Gerindra, Parti Demokratik, Parti Golongan Karya (Golkar), Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang mendapat 353 atau 56.19 peratus daripada 560 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen Indonesia. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan