Thailand Tubuh 100 Pasukan Pemeriksa Beras di Gudang

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kerajaan Thailand akan menubuhkan 100 pasukan untuk memeriksa sekurang-kurangnya 1,800 gudang di seluruh negara iaitu tempat simpanan beras yang dibeli kerajaan di bawah skim subsidi yang kini ditamatkan.
 
Pasukan itu akan memulakan pemeriksaan kuantiti dan kualiti beras mulai hujung bulan ini, kata Panadda Diskul, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata beras yang disimpan di dalam gudang itu tidak dibenarkan dipindah keluar.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah keseluruhan beras yang disimpan di dalam gudang itu buat masa ini, dan menambah beliau sedang menunggu pegawai daripada Kementerian Perdagangan untuk menyerahkan maklumat itu kepadanya sebelum akhir bulan ini.

Ketua Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Kententeraman (NCPO) Jeneral Prayuth Chan-ocha sebelum ini mengumumkan skim yang diselubungi banyak masalah itu akan ditamatkan. 

Proses pembayaran kembali kepada petani masih terus dilaksanakan.

Sejak 26 Mei sehingga hari ini, kira-kira 749,072 petani telahpun dibayar sejumlah 75.754 bilion baht bagi beras yang mereka jual kepada kerajaan, menurut Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian.

NCPO meluluskan 92 bilion baht sebagai bayaran kepada 800,000 pesawah padi yang terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapat wang mereka selepas kerajaan sebelum ini pimpinan Perdana Menteri Yinguck Shinawatra gagal memperoleh dana secukupnya untuk membiayai skim berkenaan.

Tags / Kata Kunci: tempat simpanan beras , Thailand

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan