Populariti Prabowo-Hatta Meningkat Berbanding Jokowi-Jusu

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 8:43 AM

Calon Pemilu Presiden, Prabowo Subianto-Hatta Rajasa (kiri) dan Joko Widodo (dua kanan) bersama Jusuf Kalla (kanan).

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Populariti pasangan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden bulan depan, terus meningkat walaupun kedua-dua tokoh berkenaan dikaitkan dengan pelbagai isu negatif, menurut tinjauan beberapa badan kaji selidik Indonesia.

Hasil tinjauan yang dikumpul Nurjaman Center for Indonesian Democracy (NCID) daripada kaji selidik yang dilakukan Survey Focus Indonesia (FSI), Survey and Polling Indonesia (SPIN) dan Indonesia Survey Institute (LSI), menunjukkan bahawa kredibiliti Prabowo-Hatta semakin unggul.

Pengarah Eksekutif NCID, Jajat Nurjaman berkata populariti Prabowo-Hatta yang dinamakan calon presiden dan naib presiden pada Pemilu itu oleh pakatan yang diketuai Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) meningkat berikutan pasukan kempen Joko Widodo atau Jokowi-Jusuf Kalla dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), sering memburuk-burukkan pasangan berkenaan.

"Masyarakat mulai bosan dengan gaya kempen yang dilakukan pasukan pasangan Jokowi dan Jusuf Kalla serta cara mereka yang cenderung memburukkan pasukan lain menerusi satu isu sahaja," kata Jajat kepada pemberita, Khamis.

Hasil kaji selidik FSI menunjukkan Prabowo-Hatta unggul dengan 45.7 peratus sedangkan Jokowi-Jusuf memperoleh 45.2 peratus, manakala keputusan tinjauan SPI Nmemperlihatkan Prabowo-Hatta memperoleh 44.9 peratus sementara Jokowi-Jusuf 40.1 peratus.

Berdasarkan tinjauan LSI pula, populariti Prabowo-Hatta unggul di wilayah Banten dan Jakarta apabila memperoleh 35 peratus manakala Jokowi-Jusuf meraih 26.25 peratus.

Dalam tinjauan lain yang juga dianalisis oleh NCID, iaitu daripada kaji selidik yang dilakukan Populi Center dan United Data Center (PDB), pasangan Jokowi-Jusuf lebih menyerlah. 

Kaji selidik yang dilakukan Populi Center mencatatkan bahawa Jokowi-Jusuf memperoleh 47.5 peratus, sedangkan Prabowo-Hatta 36.9 peratus.

Gandingan Jokowi-Jusuf mendapat 32.2 peratus sementara Prabowo-Hatta mencatat 26.5 peratus daripada tinjauan yang dilakukan oleh PDB.

Pemilu Presiden bagi penggal 2014-2019, akan berlangsung pada 9 Julai ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan