Pelajar Maut Ditembak Di Sekolah

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

POLIS mengesahkan seorang pelajar maut dalam kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Reynolds di Troutdale yang terletak di timur Portland, pada Selasa.

Suspek yang merupakan seorang lelaki juga dijumpai terbunuh dalam insiden itu. Dia disyaki membunuh diri.

Polis berkata mereka dalam proses memberitahu keluarga terdekat pelajar dan lelaki bersenjata itu.

Bagaimanapun identiti kedua-duanya masih belum didedahkan.

Dalam kejadian yang sama, seorang guru turut dilaporkan tercedera.

Menurut pihak berkuasa, lelaki bersenjatakan senapang itu memasuki sekolah berkenaan dan melepaskan tembakan kira-kira pukul 8 pagi.
Tags / Kata Kunci: Sekolah Tinggi Reynolds

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan