Thailand Tarik Balik Perintah Berkurung Di Lebih Banyak Lokasi Perlancongan

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 7:05 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Junta tentera Thailand menarik balik perintah berkurung di lebih banyak kawasan pelancongan dalam usaha menghidupkan semula industri pelancongan.

Junta juga menurunkan logo majlis tentera daripada skrin televisyen untuk menunjukkan bahawa keamanan dan kestabilan telah kembali ke negara itu.

Perintah berkurung ditarik balik di Hat Yai (Songkhla), Koh Chang (pulau di wilayah Trat, bahagian timur Thailand) dan Koh Phangan (pulau di wilayah Suratthani, bahagian selatan Thailand), menurut pengumuman Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara (NCPO) lewat malam tadi.

Setakat ini, majlis tentera menarik balik perintah berkurung di sekurang-kurangnya 10 destinasi popular pelancong antarabangsa, seperti pantai indah di wilayah selatan iaitu Phuket, Krabi, Phung Nga, dan pulau Samui di Suratthani, serta daerah Cha-am di wilayah Petchaburi, daerah Hua Hin di wilayah Prachuab-Kirikhan (kedua-dua wilayah di selatan Thailand) dan Pattaya di wilayah Chonburi di bahagian timur.

Bagaimanapun, perintah berkurung kekal di Chiangmai, kubu kuat bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan lokasi bantahan antirampasan kuasa oleh penyokong Thaksin.

Mengenai penarikan logo NCPO daripada skrin televisyen, seorang pegawai berkata ini kerana keadaan keseluruhan sekarang lebih baik.

"Langkah itu juga bagi memastikan rakyat berasa lebih selesa," kata timbalan jurucakap Pattamaphorn Rattanadilok Na Phuket pada sidang media di sini hari ini.
Tags / Kata Kunci: Junta , Thailand , Darurat

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan