Kereta Curi Dari Malaysia Antara 30 Yang Dirampas Kastam Thailand

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 9:37 AM

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain (kiri) memeriksa sebahagian kereta curi yang dirampas Jabatan Kastam Thailand.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Jabatan Kastam Thailand merampas 30 buah kereta bernilai 21.6 juta Baht dengan 13 daripadanya disahkan dicuri di Malaysia, yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thai, Rakob Srisupaat, kenderaan terbabit yang dibawa dari Singapura dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga.

Kontena yang membawa kenderaan terbabit disenaraikan sebagai mengangkut perabot atau kereta baharu, katanya dalam taklimat media di sini pada Ahad yang turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain.

Menurut seorang pegawai kastam, Thailand akan menyerahkan 25 kereta curi kepada pihak berkuasa Malaysia pada hujung bulan ini.

Terdapat ratusan kenderaan curi dari Malaysia di negara ini tetapi bukan mudah untuk diserah semula kerana perlu mematuhi prosedur undang-undang, kata seorang lagi pegawai kastam.

Katanya antara yang menyukarkan proses itu ialah mendapatkan dokumen pengesahan daripada syarikat insurans.

Beliau berkata ada kereta yang tersadai di sini selama bertahun-tahun kerana menjadi bahan bukti kes jenayah.

Ada juga kereta tidak dikembalikan kerana proses itu menelan kos yang tinggi, katanya.

Sementara itu, Nazirah menghargai kerjasama rapat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Banyak kereta curi berjaya diserahkan semula oleh pihak berkuasa Thailand kepada Malaysia, katanya.
Tags / Kata Kunci: Kastam Thailand

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan