Serdak Emas Mengalir Dari Paip Air - Berita Dunia | mStar

Serdak Emas Mengalir Dari Paip Air

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 12:40 PM

Serdak emas ditemui keluar dari paip rumah.

(Ubah saiz teks)

SERDAK berkilauan dipercayai emas ditemui mengalir dari pair air di beberapa kediaman di sekitar Whitehall, Montana di Amerika Syarikat.

Berita mengejutkan itu bagaimanapun tidak menggembirakan penduduk kerana mereka bimbang air minuman itu mungkin mengandungi sesuatu yang membahayakan kesihatan.

Mark Brown dimaklumkan oleh isterinya mengenai penemuan serdak emas ketika sedang mencuci pinggan mangkuk di rumahnya.

"Isteri saya mencabut palam untuk membiarkan air mengalir dan singki dipenuhi serdak yang berkilauan," katanya.

Lombong emas berdekatakan dipersalahkan kerana mengakibatkan pencemaran air tetapi perkara itu dinafikan seorang pegawai bertugas.

Menurutnya, kandungan serdak tersebut mungkin datang dari paip penyambung.
Tags / Kata Kunci: serdak , emas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan