Polis Tahan Penunjuk Perasaan Lakukan Flashmob Di Bangkok

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 9:42 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Thailand menahan tujuh penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa selepas mengdakan perhimpunan flashmob di luar sebuah pusat beli-belah di Bangkok pada Ahad ketika beribu-ribu anggota pasukan keselamatan dikerahkan di seluruh bandar untuk menguatkuasakan larangan mengadakan perhimpunan politik.

Protes kecil dan semakin kreatif ini diadakan sejak tentera merampas kuasa daripada kerajaan pada 22 Mei.

Penunjuk perasaan telah menggunakan tabik tiga jari dari filem Hunger Games sebagai simbol tidak rasmi penentangan terhadap rejim tentera.

Lebih daripada 6,500 anggota polis dan tentera telah dikerahkan di beberapa tempat di seluruh bandar.

Dalam tindakan yang paling besar pada Ahad, kira-kira 20 penunjuk perasaan berkumpul di luar pusat beli-belah di bandar yang diawasi puluhan anggota polis.

Sesetengah daripada mereka membuat tabik tiga jari sementara yang lain meletakkan tangan mereka di mulut.

Mereka kemudian berjalan menuju pusat beli-belah sebelum diekori oleh beberapa pegawai polis berpakaian biasa, menurut seorang wartawan AFP.

"Terdapat hanya satu kumpulan protes di Siam (pusat beli-belah). Kami mengambil gambar lima orang yang mengambil bahagian, mengekori mereka dan kemudian menahan mereka," kata timbalan ketua polis negara Somyot Poompanmoung, sambil menambah mereka telah diserahkan kepada tentera.

Beliau berkata dua yang lain yang dirakamkan gambar mereka di perhimpunan sebelum ini ditemui polis di luar pusat beli-belah dan ditangkap.

Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa flashmobs lain turut diadakan di seluruh bandar.

Perhimpunan politik lebih daripada lima orang telah diharamkan di bawah undang-undang tentera yang diisytiharkan oleh Panglima Tentera Darat Prayut dua hari sebelum merampas kuasa tiga minggu lalu.
Tags / Kata Kunci: Bangkok , flashmob

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan