'Kami Ingat Pesawat Akan Terhempas' - Penumpang Jet2

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 7:30 AM

Keadaan penumpang yang menggunakan topeng oksigen sewaktu pesawat Jet2 melakukan pendaratan cemas kerana mengalami masalah tekanan udara di dalam kabin. Foto mailonline

(Ubah saiz teks)

"Kami ingat pesawat akan terhempas," demikian menurut penumpang warga Britainyang  berkongsi pengalaman ngeri selepas penerbangan yang dinaiki mereka terpaksa membuat pendaratan cemas kerana kehilangan tekanan udara di dalam kabin pesawat.

Pesawat Jet2 LS516 itu dengan segera mendarat hanya selepas satu jam ia berlepas dari Paphos, Cyprus dalam penerbangannya ke Newcastle pada malam Khamis, waktu tempatan.

Pesawat itu membuat penurunan beribu-ribu kaki dalam beberapa minit, manakala topeng oksigen telah dikeluarkan untuk para penumpang.

Pesawat itu terpaksa melencong ke Lapangan Terbang Sofia di Bulgaria, di mana anggota kecemasan sedang menunggu di tarmac landasan.

Para penumpang turut terpaksa bermalam di ibu negara Bulgaria, sebelum berlepas pulang menerusi penerbangan awal yang digantikan untuk ke Newcastle pada Jumaat pagi. - mailonline


Tags / Kata Kunci: Jet2 , pesawat terhempas , topeng oksigen

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan