Lelaki Muda Berpacaran Dengan Nenek 91 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 1:46 PM

Kyle Jones, 31, (tengah) bersama teman wanitanya, Marjorie McCool, 91, (kiri) dan ibunya, Ceceila Jone, 50.

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki muda begitu ekstrem untuk berpacaran dengan wanita berusia atau lebih dikenali sebagai 'cougar' apabila dia membuat janji temu dengan seorang nenek yang tiga kali ganda daripada usianya.

Kyle Jones, 31, berkata, dia tertarik dengan kulit yang berkedut dimamah usia.

Pekerja di pusat panggilan dari Pittsburgh, Pennsyvania itu pernah membuat temu janji dengan beberapa wanita berusia malah membawa mereka pulang untuk bertemu dengan ibunya yang berusia 50 tahun.

Dia sudah pun menjalinkan hubungan selama lima tahun dengan Marjorie McCool selama lima tahun.

Walaupun terdapat jarak usia selama 60 tahun, pasangan itu begitu mesra bersama dan tidak boleh berenggang antara satu sama lain.

Menurut Kyle: "Pemikiran semua orang mempunyai keanehan yang berbeza. Ada lelaki yang menyukai wanita berambut perang dan seperti saya... saya menyukai wanita tua." - metro.co.uk

Tags / Kata Kunci: cougar , wanita berusia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan