AirAsia India Tidak Kenakan Bayaran Daftar Masuk

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: AirAsia India memutuskan untuk mengetepikan bayaran untuk bagasi seberat hingga 15 kilogram, berikutan campur tangan Ketua Direktorat Jabatan Penerbangan Awam (DGCA).

Syarikat penerbangan itu mengutip Rs199 (RM10.84) sebagai bayaran untuk bagasi seberat 15 kilogram.

Syarikat penerbangan domestik lain tidak mengenakan bayaran bagi bagasi 15 kilogram ke bawah.

DGCA membantah tindakan AirAsia India mengutip bayaran dan caj tanpa kelulusan, lapor Business Standard.

Badan pengawal selia itu meminta syarikat penerbangan berkenaan menghentikan kutipan sehingga ia diluluskan.

AirAsia India membuka tempahan untuk laluan sulungnya - Bangalore-Goa dan Bangalore-Chennai, mulai Jumaat lepas. 

Di India juga, syarikat penerbangan itu memutuskan untuk menggunakan amalan global dengan tidak menawarkan daftar masuk bagasi secara percuma.
Tags / Kata Kunci: AirAsia India , DGCA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan